Amaran ribut petir di 10 negeri, Wilayah Persekutuan hingga malam ini
24 November 2024
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang diramal melanda beberapa kawasan di 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya hingga jam 7.00 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan negeri-negeri terlibat termasuk Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.
“Di Sarawak, cuaca buruk diramal melibatkan Kuching, Bau, Serian, Tebedu, Betong, Sarikei, Pakan, Bintulu, Miri, Marudi, dan Limbang. Sementara itu, di Sabah, kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Lahad Datu, dan Sandakan turut terlibat.
“Di Kedah, ribut petir dijangka melibatkan daerah Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu. Di Pahang pula, kawasan terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, dan Maran,” jelas kenyataan itu
Amaran tersebut dikeluarkan berdasarkan tanda-tanda awal ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang dijangka berlaku selama lebih satu jam.
תגובות