Amaran Ribut Petir Di Pantai Barat Sabah
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

20 April 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa daerah di Pantai Barat negeri ini.
Antara daerah yang terlibat di Sabah ialah kawasan Pantai Barat iaitu daerah Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.
Selain itu, turut diletakkan amaran berjaga-jaga adalah daerah Tawau, Lahad Datu, Sandakan dan Kinabatangan sehingga jam 6 petang, hari ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Comments