top of page

AMD perantara antara PBT dan masyarakat: Jeffrey

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read


Jeffrey (keempat dari kanan) menyerahkan watikah pelantikan kepada salah seorang AMD Keningau
Jeffrey (keempat dari kanan) menyerahkan watikah pelantikan kepada salah seorang AMD Keningau

29 April 2025


KENINGAU: Ahli Majlis Daerah (AMD) memainkan peranan penting sebagai perantara antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan masyarakat.


Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Seri Dr Jefftey G Kitingan berkata,

tanggungjawab itu merangkumi pelbagai aspek dari soal pembangunan fizikal, kebajikan rakyat hingga kepada memupuk keharmonian dan perpaduan dalam komuniti.


Katanya, pelantikan Ahli Majlis Daerah bukan semata-mata satu penghormatan, tetapi juga satu amanah besar.


"Ahli-Ahli Majlis Daerah merupakan wakil suara rakyat di peringkat akar umbi.


“Peranan anda adalah penting dalam memastikan segala dasar, program dan perancangan pembangunan yang digariskan oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat" katanya.


Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Indudtri Makanan Sabah berkata demikian semasa berucap sempena Majlis Angkat Sumpah Dan Penyerahan Watikah Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Keningau (MDK) Sesi 2025 - 2027 di Bilik Mesyuarat MDK di sini pada Isnin.


Ahli Parlimen Keningau itu berkata, pelantikan itu adalah satu amanah yang besar dan memerlukan komitmen, integriti, serta semangat khidmat kepada masyarakat.


"Ia juga merupakan satu pengiktirafan besar daripada Kerajaan Negeri terhadap kebolehan, komitmen dan potensi anda dalam membantu melaksanakan agenda pembangunan di daerah ini" katanya.


Oleh itu katanya, segala keputusan dan tindakan perlulah dibuat dengan penuh keikhlasan, kebertanggungjawaban dan berpaksikan kepada kepentingan rakyat.


Beliau berkata, Kerajaan Negeri Sabah sentiasa berusaha memastikan bahawa dasar dan inisiatif pembangunan yang digariskan dalam kerangka Sabah Maju Jaya dapat dilaksanakan secara inklusif dan berkesan.


Ini katanya, termasuk memperkasa pentadbiran di peringkat daerah dan memberikan tumpuan khusus kepada daerah luar bandar.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page