top of page

Anak Ugut Ibu Guna Parang

nabalunews


26 Mac 2025


TAWAU: Seorang lelaki ditahan polis selepas membuat ugutan bunuh terhadap ibu bapanya menggunakan parang, dalam kejadian di Kampung Serudong Baru, di sini, semalam.


Lelaki berusia 30 tahun ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 15 Januari lalu di Kampung Serudong Baru, Jalan Quoin Hill, di sini.


Katanya, suspek didakwa mengacu parang ke arah ibu bapanya sambil mengeluarkan kata-kata ugutan sehingga menyebabkan ketakutan dalam kalangan ahli keluarganya.


“Hasil semakan rekod lampau mendapati suspek pernah ditahan dalam kes berkaitan penyalahgunaan dadah.


“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya.


Jasmin berkata, pihak polis menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang mengancam keselamatan awam.


“Orang ramai dinasihatkan agar melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga atau ancaman jenayah kepada pihak berkuasa bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page