top of page
nabalunews

Anggota ASEAN perlu fokus kepada modal perniagaan mampan, pelancongan pascapandemik



18 Januari 2025


JOHOR BAHRU: Negara-negara anggota ASEAN perlu fokus, dalam usaha melakukan transisi kepada model perniagaan yang berpaksikan kualiti dan mampan, dalam sektor pelancongan pascapandemik COVID-19.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata rantau ASEAN berpotensi untuk menerajui usaha global dengan memperjuangkan penyahkarbonan dalam sektor penerbangan, mengintegrasikan tenaga boleh diperbaharui.


ASEAN juga mampu mempelopori pendekatan pelancongan inovatif, seperti pelancongan berasaskan komuniti, ekopelancongan dan pelancongan regenaratif.


Inisiatif tersebut berpotensi memanfaatkan komuniti tempatan dan pada masa yang sama, memelihara keaslian budaya dan melindungi alam sekitar.


Selain itu, ASEAN juga perlu mengetengahkan pelaburan berkualiti yang mengutamakan destinasi pelbagai, serta memanfaatkan teknologi.


"Walaupun pelaburan pelancongan sedang pulih dengan pelaburan langsung asing (FDI) sektor tersebut meningkat daripada AS$1.2 bilion pada 2022 kepada AS$2.8 bilion pada 2023. Ini masih berada di bawah hasil pada zaman sebelum pandemik, iaitu AS$24.5 bilion pada 2019", katanya semasa Majlis Pembukaan ATF 2025 di Persada, Johor Bahru, lapor Berita RTM.


Datuk Seri Fadillah turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Budaya, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan dengan Kerajaan Malaysia.


MoU tersebut bertujuan mewujudkan kerjasama dalam bidang pelancongan.

Comments


bottom of page