top of page

Anggota RELA perlu berdisiplin, jaga imej pasukan

nabalunews

Effendi (keempat dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota RELA pada majlis itu
Effendi (keempat dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota RELA pada majlis itu

22 Februari 2025


KENINGAU: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dinasihatkan agar menjaga disiplin diri masing-masing bagi menjaga imej pasukan.


Ketua Pengarah RELA Malaysia, Lokman Effendi Ramli berkata, semua anggota RELA khususnya di lapangan perlu menjaga disiplin.


Katanya, mereka perlu memastikan diri tidak terlibat dalam apa-apa acara atau pun apa-apa kejadian yang mendatangkan implikasi yang tidak baik pada negara dan pasukan.


“Imej pasukan RELA perlu terus dijaga bagi mengekalkan keyakinan komuniti kepada pasukan yang turut menjaga keselamatan negara bersama dengan pasukan keselamatan yang lain,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah RELA Malaysia bersama RELA Daerah Keningau sempena lawatan kerjanya di Sabah di salah sebuah hotel di sini, baru-baru ini.


Mengenai lawatannya di Sabah, Lokman berkata, ia diatur oleh Pengarah RELA Negeri Sabah untuk membolehkan beliau melihat sendiri penugasan anggota di lapangan terutamanya yang melibatkan penugasan komuniti di Sempadan.


"Ini adalah penting untuk saya memastikan dan saya mendengar dan melihat sendiri keadaan sebenar penugasan di lapangan,” katanya.


Sementara itu, ketika ditanya mengenai peranan anggota RELA di sempadan, Lokman berkata, ia lebih kepada penugasan komuniti sempadan.


"Kita membuat penugasan komuniti dan melihat sekiranya berlaku apa-apa pencerobohan, jika ada pencerobohan sempadan maka anggota RELA akan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.


“Pada masa sama, penugasan di sempadan juga untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti yang berada di sempadan,” katanya.


Lokman berkata, setakat ini seramai 146,000 anggota RELA di seluruh negara melibatkan 157 daerah.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page