top of page

ANWAR: SAYA SUDAH SERAH DOKUMEN SAHIH KEPADA AGONG

nabalunews

Anwar Ibrahim

13 OKTOBER 2020


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah mempersembahkan kepada Seri Paduka akuan bersumpah dan dokumen yang membuktikan beliau mendapat lebih 120 sokongan daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.


Beliau berkata, kini terpulang kepada Yang Dipertuan Agong untuk mengambil tindakan mengikut Perlembagaan dan memanggil semua ketua-ketua parti untuk mendengar pandangan daripada mereka.


Anwar berkata, beliau kekal dengan pendirian bahawa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh.


“Saya sudah menyerahkan akuan bersumpah dan dokumen sokongan ketua-ketua parti kepada Yang di-Pertuan Agong.


“Kita serahkan kepada kebijaksanaan baginda dan akan memanggil semua ketua-ketua parti selepas ini,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Hotel Le Meridien sebentar tadi.


Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan senarai sokongan yang diperolehnya dalam sidang akhbar berkenaan.


Anwar berkata, kerajaan yang akan dibentuk kelak adalah bersifat inilusif meliputi semua kaum di negara ini tanpa mengabaikan kepentingan bumiputera Islam.


Terdahulu pagi ini, Anwar hadir di Istana Negara pada pukul 10.25 pagi untuk menghadap Seri Paduka.


Beliau menghadap baginda selama kira-kira sejam. - Borneo Today

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page