top of page
  • nabalunews

Anwar: Tolak Perpecahan, Julang Kebersamaan untuk Lonjak Potensi Negara


16 September 2024


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk menghayati makna sebenar penubuhan negara yang bebas dan merdeka serta menolak segala bentuk perpecahan dan permusuhan, bersempena sambutan Hari Malaysia hari ini.


Perdana Menteri, dalam catatannya di Facebook, turut menyeru agar seluruh rakyat Malaysia bersatu padu dalam usaha untuk mengangkat potensi serta keupayaan negara ke tahap yang lebih tinggi. Beliau menekankan kepentingan kebersamaan dan perpaduan dalam membina masa depan yang lebih gemilang bagi Malaysia.


Beliau berkata sambutan Hari Malaysia yang diraikan saban tahun harus menjadi cetusan semangat dan manifestasi perpaduan selain menzahirkan kecintaan mendalam terhadap tanah air dalam kalangan rakyat merentasi kaum, agama dan budaya.


"Selama 61 tahun, negara Malaysia yang kita cintai telah terbentuk, dan dalam tempoh itu, pelbagai rintangan yang mematangkan telah berjaya kita tempuhi bersama-sama.


"Selamat menyambut Hari Malaysia Ke-61," kata Anwar.


Hari Malaysia yang disambut 16 September setiap tahun diadakan bagi memperingati pembentukan Malaysia pada 1963.


Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaaan akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah, malam ini.

Comments


bottom of page