top of page

APM bantu wanita OKU dan ibunya ke PPS

nabalunews

5 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News 


KINABATANGAN: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) dan ibunya yang terperangkap di kediaman mereka akibat banjir di Kampung Muhibbah, di sini, dibantu Angkatan Pertahanan Awam (APM).


Kedua beranak itu berjaya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Garam, di sini, pada Rabu.


Pegawai Operasi APM Kinabatangan, Misah Ngok berkata, salah seorang mangsa menghubungi Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk mendapatkan bantuan.

Katanya, berdasarkan maklumat diterima, pasukan operasi APM terus dikerah ke lokasi untuk membantu kedua-dua mangsa.


“Operasi membawa kedua-dua mangsa ke PPS berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.


Sementara itu, Misah berkata, sehingga jam 4 petang tadi, PPS SK Bukit Garam sudah menempatkan 40 ketua isi rumah (KIR) membabitkan 155 mangsa.


Katanya, mengikut pecahan mangsa, 22 adalah lelaki, 39 wanita, 74 kanak-kanak dan 10 orang bayi.


“Selain itu, terdapat lapan warga emas dan masing-masing seorang lelaki dan wanita OKU,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page