top of page
nabalunews

AS salur bantuan RM442,817 untuk mangsa banjir Malaysia


 



12 Disember 2024

 

KUALA LUMPUR: Penduduk terjejas banjir di Malaysia menerima sumbangan sebanyak RM442,817 (USD$100,000) daripada Kerajaan Amerika Syarikat (AS) melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat (USAID).

 

Bantuan tersebut disalurkan menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi menyokong usaha bantuan kepada komuniti yang terjejas. 

 

"Kami bersama dengan mereka yang terkesan akibat banjir besar di Malaysia. Melalui kerjasama ini, kami membantu komuniti yang terjejas untuk bangkit semula," menurut Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam hantaran di Facebook. 

 

Sumbangan ini mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan AS dalam menghadapi bencana serta memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara. 

 

"Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat yang menyelamatkan nyawa, mengurangkan penderitaan dan melindungi golongan rentan," tambah kenyataan itu. 

 

Hantaran tersebut turut disertakan dengan video berdurasi 1.18 minit yang memaparkan usaha Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan menghantar bantuan kepada penduduk terjejas banjir. 

 

 

Comments


bottom of page