ASEAN perlu bersatu untuk terus jadi peneraju keamanan dan keselamatan
9 Oktober 2024
VIENTIANE: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa ASEAN perlu terus bersatu untuk menjadi peneraju utama dalam menjamin keamanan, keselamatan, dan kerjasama serantau.
Beliau menegaskan ketegangan global yang semakin meningkat serta polarisasi boleh melemahkan integrasi rantau ini.
Berucap semasa sesi plenari di Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45, Anwar berkata perpecahan dalam ASEAN berisiko dieksploitasi dan akan merugikan keutamaan serta kesatuan ASEAN.
Jelas beliau, ASEAN mesti tegas dan berpendirian dalam menghantar mesej yang jelas kepada dunia bahawa ASEAN mesti kekal bersatu.
Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa negara anggota harus menolak sebarang unsur yang berpotensi mencetuskan perpecahan dalam blok serantau tersebut.
Comments