top of page

Atlet Squash Sabah Amber Kristy Muyau wakili Malaysia Ke British Junior Open Squash 2025

nabalunews


5 Disember 2024


KOTA BELUD: Atlet muda Squash berbakat dari Kadamaian, Amber Kristy Muyau, telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan British Junior Open Squash Championship 2025.


Amber telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam sukan squash dan kini diberi peluang untuk bersaing di peringkat antarabangsa.


Ibu kepada Amber, Jessye Linog yang berasal dari Kampung Taginambur, Batu 10, Kadamaian meluahkan rasa bangga dan gembira atas pencapaian anaknya yang telah berjaya menempatkan diri di kejohanan berprestij ini.


Jessye berharap agar Amber dapat membawa pulang kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.


British Junior Open Squash Championship adalah antara kejohanan squash junior terbesar yang diadakan setiap tahun, dan menyaksikan penyertaan atlet muda dari seluruh dunia.


Di United Kingdom kelak, Amber Kristy Muyau akan bersaing dengan atlet terbaik dunia dalam usaha untuk mencapai kejayaan.


Jessye berharap pencapaian Amber akan turut memberikan inspirasi kepada atlet muda di Sabah dan Malaysia untuk terus berusaha dan mengejar impian mereka dalam bidang sukan masing-masing.


Bagi menyokong perjalanan Amber ke Kejohanan Squash Terbuka British, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, melalui Pemaju Masyarakat N11 Kadamaian Clarence Somuil, telah mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga

ADUN N11 Kadamaian, untuk menyampaikan sumbangan kepada Amber Kristy Muyau.


Sumbangan tersebut diserahkan kepada Jessye dalam satu majlis yang berlangsung di pusat khidmat itu, pada Khamis.


Sumbangan ini adalah sebagai sokongan terhadap usaha Amber dalam mengejar kejayaan di peringkat antarabangsa dan mengharumkan nama Malaysia dalam sukan squash.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page