top of page
nabalunews

AWCL: Sabah dibolosi 7 gol menentang Wuhan Jiangda


7 Oktober 2024


WUHAN (China): Hasrat pasukan bolasepak wanita Sabah untuk bangkit dalam perlawanan kedua Liga Juara-Juara Asia Wanita di Wuhan, China tidak kesampaian selepas dibelasah 0-7 oleh pasukan tuan rumah, Wuhan Jiangda dalam perlawanan di Pusat Sukan Budaya Hankou, Wuhan, China semalam.


Kabange Mupopo membuka tirai jaringan Wuhan pada minit ke-30 sebelum Song Duan menggandakan kelebihan tuan rumah lapan minit kemudian untuk memberi tekanan kepada skuad kendalian Justin Ganai.


Kedudukan tersebut terus berubah apabila Deng Menye menyumbat gol ketiga 3-0 hasil kesilapan daripada ketua pasukan, Steffi Sindhu Kaur, sebelum tamat separuh masa pertama.


Penjaga gol Sabah, Nurul Azurin Mazlan terus menjadi sasaran skuad Wuhan yang melakukan percubaan bertubi-tubi sehingga pasukan tuan rumah menjaringkan tiga gol dalam masa empat minit.


Deng Mengye melengkapkan hatrik untuk kedudukan 7-0, sekali gus mencerahkan peluang mereka ke suku akhir kejohanan tertinggi bolasepak wanita Asia itu.

Komentarai


bottom of page