top of page

Ayam Sejuk Beku Bernilai RM740,500 Dirampas

nabalunews


23 Mac 2025


BELURAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya mengesan dan merampas ayam sejuk beku tanpa dokumen sah bernilai RM740,500 di Pusat Pemeriksaan Jalan (RCP) Sapi Nangoh, di sini, semalam.


Operasi Op Taring Chiller yang dijalankan Cawangan Risikan/Task Force bersama Kompeni C, PGA Beluran kira-kira jam 9 malam itu turut berjaya menahan tiga lelaki.


Komander Briged Sabah PGA, Datuk Abdul Rani Alias berkata, sebuah lori yang cuba melalui RCP berkenaan ditahan untuk pemeriksaan.


Bagaimanapun katanya, lori yang membawa pelbagai jenis ayam sejuk beku itu didapati dibawa tanpa dokumen pemilikan yang sah.


"Hasil pemeriksaan, pasukan operasi menemui 1,360 kotak ayam sejuk beku di dalam lori jenis Isuzu beku Refrigerated.


"Tiga lelaki tempatan turut ditahan dan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM740,500," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan Sabah 2015.


Katanya, PGA terus komited dalam membanteras kegiatan penyeludupan yang mengancam keselamatan dan ekonomi negara.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page