top of page
Wartawan Nabalu News

Bajet 2023: KUSKOP terima peruntukan RM732 juta, meningkat berbanding tahun lalu


24 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan agensi-agensi di bawahnya menerima peruntukan sebanyak RM732 juta menerusi Belanjawan Madani 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.


Daripada jumlah itu sebanyak RM520 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan dan RM212 juta perbelanjaan mengurus.


Menurut kenyataan kementerian itu, ia mencatatkan pertambahan sebanyak RM182 juta berbanding belanjawan tahun lalu, khususnya perbelanjaan pembangunan yang ditambahsebanyak RM165 juta.


“KUSKOP mengalu-alukan pembentangan Belanjawan 2023 yang menyediakan kemudahan pinjaman dan jaminan pembiayaan untuk manfaat usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan nilai keseluruhan sehingga RM40 bilion,” kata KUSKOP, dalam kenyataan media, hari ini.


Menurut kementerian itu, antara insentif yang dapat dimanfaatkan menerusiKUSKOP dan agensiialah, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM150,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus.


“Sebanyak RM50 juta bagi membina dan menaik taraf 3,000 gerai dan kiosk penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.


“Bagi menaik taraf premis dan kemudahan perniagaan antaranyadi bawah MARA, DBKL, Perbadanan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) sebanyak RM176 juta peruntukan disediakan,” katanya.


Selain itu, kemudahan pinjaman di bawah agensi sepertiBank Negara Malaysia (BNM), BSN dan TEKUN dengan dana yang tersedia berjumlah RM1.7 bilion.


“Daripada jumlah itu sebanyak RM300 juta untuk menyokong perniagaan mikro oleh usahawan wanita dan belia; penyediaan pinjaman lebih RM1 bilion dengan tumpuankepada PKS Mikro dan penjaja oleh BSN; RM330 juta oleh TEKUNNasional termasuk RM10 juta untuk membantu belia daripada keluargasusah meraih pendapatan melalui perniagaan yang turut merangkumi pemberian modal memulakan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal,” katanya.


Menurut kenyataan itu lagi, dana pinjaman hampir RM10 bilion bagi perniagaan SME oleh Bank Negara Malaysia(BNM) untuk meringankan beban kewangan PKS dan menyokong pengembangan perniagaan.


“Jaminan sehinggaRM20 bilion pinjamanPKS oleh SyarikatJaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dengan sektor tumpuan seperti teknologi tinggi, pertanian dan pembuatan diberi jaminan Kerajaan sehingga 90% yang turut diperluas kepada pembiayaan oleh institusi kewangan bukan perbankan seperti syarikat pajakan kredit dan koperasi;


“Dana pinjaman sehingga RM2 bilion oleh BNM bagi mendukung syarikat pemula teknologi lestaridan membantu syarikatPKS menerap amalan rendah karbon.


“Sebanyak RM100 juta di bawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan penjaja kecil dalam bentuk geran padanan sehingga RM5,000.00 akan dibayarkepada PKS yang melanggan aplikasipendigitalan perniagaan seperti sistem jualan POS, perakaunan atau pengurusan inventori dan RM1 bilion dana pembiayaan di bawah BNM untuk membantu PMKS mengautomasikan proses perniagaan dan mendigitalkan operasi,” katanya.


Menurut kenyataan itu, KUSKOP mendokong fokus Belanjawan Madanimenerusi 12 ikhtiarutama berlandaskan tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tata kelola bagi memulih keyakinan dan keadilan sosial.


“KUSKOP yakin pelaksanaan Belanjawan 2023 bertemakan Membangunkan Malaysia Madani dapat membangunkan sosioekonomi serta mengetengahkan solusi bagi membantu para usahawan dan koperasi ke arah kemampanan dan kelestarian perniagaan mereka,” katanya.


Comments


bottom of page