top of page

Banjir di Sabah Semakin Pulih

nabalunews

12 Mac 2025


KOTA KINABALU: Situasi banjir di Sabah semakin pulih dengan semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Keningau ditutup selepas daerah berkenaan pulih daripada banjir sejak malam tadi.


Bagaimanapun, PPS di tiga lagi daerah iaitu Beaufort, Membakut dan Tenom masih beroperasi sepenuhnya.


Menurut laporan infografik Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM), setakat jam enam pagi tadi, 18 PPS masih beroperasi di tiga daerah yang terjejas bencana banjir.

Katanya, Daerah Beaufort kekal dengan tujuh PPS dan merekodkan jumlah paling ramai penghuni dengan 1,719 mangsa melibatkan 556 keluarga.


"Empat PPS di daerah Membakut pula kini menempatkan 535 mangsa melibatkan 181 keluarga.


“Daerah Tenom pula dengan tujuh PPS yang menempatkan 514 mangsa daripada 210 keluarga,” katanya.


Menurutnya, jumlah keseluruhan mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS di tiga daerah ialah sebanyak 2,857 mangsa melibatkan 969 keluarga.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page