top of page
nabalunews

Banjir, dua beradik dibantu bomba balik ke rumah dari sekolah




30 November 2024


PENAMPANG: Dua beradik berusia tujuh dan sembilan tahun yang terkandas akibat banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Kibabaig, di sini, dibantu pulang ke rumah oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang menggunakan kenderaan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.06 petang pada Jumaat yang menyatakan terdapat dua murid SK Kibabaig tidak dapat diambil oleh bapa mereka dari sekolah selepas laluan dinaiki air.


“Bapa mangsa dilaporkan tidak dapat melalui ke kawasan SK Kibabaig kerana dinaiki air dan tersangkut di kawasan Country Height.


“Pasukan bomba kemudian menggunakan laluan lain untuk tiba di SK Kibabaig sebelum menyelamatkan kedua-dua beradik terbabit,” katanya seperti dilaporkan Info X.


Menurutnya, kedua-dua mereka kemudian diserahkan kepada ahli keluarganya di kawasan Country Height dalam keadaan selamat.


“Selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 6.47 petang,” katanya.

Comments


bottom of page