top of page
  • nabalunews

Banjir kilat di Tawau

21 September 2024


TAWAU: Hujan lebat berterusan sejak pagi Jumaat menyebabkan beberapa kawasan di Tawau dinaiki air.


Angkatan Pertahanan Awam (APM) daerah Tawau melakukan pemantauan banjir di beberapa lokasi termasuk Kampung Rawa-Rawa, Taman Megah Jaya, Takada, Sungai Kinabutan, Sungai Tawau dan Sungai Saddani.


Orang ramai yang menghadapi sebarang kecemasan boleh menghubungi APM Daerah Tawau di talian 089-749555 atau talian kecemasan MERS 999.


Sementara itu pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau membantu memindahkan mangsa dari Kampung Tanjung Batu Tengah, Tawau yang terjejas akibat banjir petang semalam.


Operasi pemindahan mangsa banjir membabitkan tiga individu termasuk bayi.


Pemindahan oleh pasukan bomba menggunakan pakaian perlindungan diri (PPE) yang lengkap jaket keselamatan.


Pasukan bomba turut menggunakan tali untuk memindahkan mangsa dan semua mangsa berjaya dipindahkan ke tempat selamat.


Selepas memastikan keadaan banjir beransur surut dan keadaan selamat operasi ditamatkan 3.18 petang.

תגובות


bottom of page