top of page

Bank Rakyat promosikan perbankan digital di Tamu Mingguan Taginambur

  • Wartawan Nabalu News
  • Dec 18, 2023
  • 1 min read

18 Disember 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Bank Rakyat agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengadakan program promosi dan buka akaun kepada orang ramai termasuk peniaga, dan penjaja di tamu mingguan Taginambur, Kota Belud pada Jumaat lalu.


Promosi ini bertujuan untuk memperkenalkan platform perbankan digital yang telah ditambahbaik oleh Bank Rakyat, iaitu Quick Response to Entrepreneur (QR2R).


QR2R adalah sebuah sistem yang membolehkan usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta koperasi untuk membuat pembayaran secara cepat, selamat dan mudah.

Sistem ini juga menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan lain yang sesuai dengan keperluan usahawan.


Promosi ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Perhubungan ADUN Kadamaian, Carlye Lajimin, yang turun padang membantu pegawai Bank Rakyat cawangan Kota Belud.


Turut hadir dalam promosi ini ialah penyelia UPPM Kadamaian, Joel Deukin, yang memberi sokongan dan penghargaan kepada Bank Rakyat dan usahawan-usahawan di tamu mingguan Taginambur.


Promosi ini diharapkan dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada pelanggan-pelanggan Bank Rakyat, serta menggalakkan perkembangan usahawan di Kadamaian.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page