Bantu kesan orang hilang

21 Februari 2025
KENINGAU: Polis daerah ini meminta orang ramai membantu mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya, sejak semalam.
Menerusi hantaran di laman sosial Facebook, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau memaklumkan remaja yang hilang ialah Arabella Bell berusia 13 tahun.

Remaja beralamat di Kampung Masak, Keningau itu keluar dari rumah dengan memakai baju lengan panjang, warna biru gelap tertulis kadet bomba di belakang baju serta berseluar panjang hitam dan kasut putih.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa, boleh menyalurkan maklumat untuk membantu mengesan remaja terbabit.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Sentiasa Samad di talian 012-7746319 atau tampil ke mana-mana balai yang berhampiran,” katanya.
Comments