top of page
nabalunews

Bantuan Subsidi FLYsiswa dinaikkan kepada RM400 - PM



12 Disember 2024


SHAH ALAM: Dalam usaha meringankan beban mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berdepan isu tiket penerbangan yang agak tinggi apabila ingin pulang ke negeri masing-masing, kadar inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, FLYsiswa dinaikkan daripada RM300 kepada RM400 seorang bermula 1 Januari tahun hadapan kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar


Ketika mengumumkannya hari ini, Anwar berkata kerajaan prihatin dengan perkara ini dan langkah itu adalah antara ikhtiar kerajaan untuk meringankan bebanan mahasiswa dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang berhasrat pulang ke kampung halaman.


"Sebab itu kita bagi bantuan menerusi FLYsiswa dan untuk tahun hadapan, kita naik kepada RM400 daripada RM300 sebelum ini.


"Ini cara kita untuk tunjuk keprihatinan kerajaan ringankan sedikit beban anak-anak dari negeri yang terlibat," katanya ketika merasmikan Karnival FLYsiswa dan Karnival Pengangkutan Siswa MADANI di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam di sini.


Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Comentários


bottom of page