top of page
Wartawan Nabalu News

Banyak manfaat Perjanjian Komersil antara Petronas-Kerajaan Negeri: Masidi


Ewon bersama Masidi sebelum persidangan bermula.

21 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri dan rakyat secara keseluruhannya mendapat manfaat dalam peluang untuk menyertai lebih banyak aktiviti minyak dan gas melalui Perjanjian Komersil antara Petronas dan kerajaan negeri pada 7 Disember 2021.


Menteri Kewangan Datuk Masidi Manjun berkata, Commercial Collaboration Agreement (CCA) yang ditandatangani pada 7 Disember lalu bagi memastikan Sabah mencapai perkongsian hasil, penyertaan dan penguasaan yang lebih besar dalam indusri minyak dan gas di Sabah secara komersil.


Beliau berkata, ia sekaligus memastikan Sabah mengekalkan hak perundangannya.


“Negeri Sabah diberi peluang tinggi dalam industri minyak dan gas melalui aktiviti huluan (Upstream), LNG (Liquefied Natural Gas) dan hiliran (Downstream).



“Senario ini menunjukkan syarikat-syarikat milik tempatan yang terlibat dalam industri minyak dan gas diberi peluang untuk menyertai ketiga-tiga aktiviti tersebut,” katanya pada persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.


Beliau menjwab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Segama Datuk Mohamaddin Ketapi dan Adun Kadamaian Datuk Ewon Benedick yang bertanya apakah faedah kepada rakyat dan negeri serta keterangan lanjut mengenai Perjanjian Komersial antara Petronas dan kerajaan negeri yang ditandatangani pada 7 Disember 2021.


Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya diberi peluang untuk menyertai peratus pegangan saham yang lebih tinggi.



Beliau berkata, ia bagi memastikan keuntungan industri minyak dan gas memberi pulangan atau hasil yang tinggi kepada kerajaan negeri seterusnya dapat dinikmati oleh rakyat melalui perancangan pembangunan negeri yang akan merancakkan aktiviti ekonomi negeri ini.


“Selain itu pihak Petronas akan terus komited untuk membayar tunai (cash payment) royalti minyak dan cukai jualan negeri sebagai sebahagian daripada mendapatkan perkongsian hasil yang lebih besar dalam industri minyak dan gas.


“Perjanjian ini juga memberi hak kepada kerajaan negeri Sabah dalam industri minyak dan gas untuk memudahkan kerjasama komersial dengan anak syarikat kerajaan negeri,” katanya.





Comments


bottom of page