top of page
nabalunews

Bas ekspres terbakar, pemandu dan 30 penumpang selamat


28 November 2024


MENUMBOK: Sebuah bas ekspres yang sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Menumbok, terbakar berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sinapokan, kira-kira 10 kilometer dari pekan Menumbok, pagi Khamis.


Pemandu dan kira-kira 30 penumpang bas berkenaan bagaimanapun dilaporkan selamat.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, Nelson Ponji berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu

jam 9.30 pagi.


Katanya seramai lapan anggota bersama sebuah jentera dan water tanker dari BBP Kuala Penyu dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 33 kilometer dari balai.


"Sebaik tiba di lokasi, api berjaya dipadamkan oleh orang awam dan bas berkenaan terbakar 20 peratus di bahagian tayar.


"Pasukan bomba bertindak membuat pemeriksaan dan tiada mangsa terbabit dilaporkan. Operasi ditamatkan pada jam 10.40 pagi," katanya.

Comments


bottom of page