Bawa minyak sawit mentah tanpa kebenaran dirampas
- nabalunews
- 7 hours ago
- 1 min read

26 April 2025
LAHAD DATU: Sebuah lori tangki membawa minyak sawit mentah tanpa kebenaran ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam operasi di kawasan Jalan Segama, di sini, Khamis lalu.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, pihaknya mengesan sebuah lori tangki sarat dengan muatan dalam keadaan mecurigakan, kira-kira jam 5.30 petang.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati lori berkenaa membawa muatan CPO dengan anggaran sebanyak 12 tan tanpa kebenaran.
"Pasukan PPM terus merampas lori beserta muatan CPO untuk siasatan lanjut dan anggar keseluruhan rampasan bernilai RM504,000.
"Pemandu lori terbabit ditahan dan kes disiasat mengikut Peraturan-Peratuan Lembaga Minyak Sawit Malaysia," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Nazri berkata, PPM Wilayah 4 Sabah akan terus komited dalam membanteras jenayah penyeludupan demi keselamatan dan kesejahteraan negara.
Comentários