top of page
  • nabalunews

Bayi dan wanita di Hospital Kota Marudu disantuni sempena Hari Malaysia dan Maulidur Rasul 2024

18 September 2024


KOTA MARUDU: Hospital Kota Marudu dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah serta Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Kota Marudu, menganjurkan Program Santuni Bayi dan Wanita Sempena Hari Malaysia dan Maulidur Rasul 2024, semalam.


Program ini bertujuan meraikan bayi yang lahir pada Hari Malaysia serta mengagihkan hamper kepada pesakit wanita.


Program disempurnakan oleh Ketua Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Marudu, Norisa Mongintal yang juga Exco Wanita UPKO Pusat.


Norisa juga adalah Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kota Marudu.


Program ini mendapat kerjasama Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan unit kejururawatan Hospital Kota Marudu serta Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS).


Dalam program yang bermula kira-kira 11 pagi ini, hamper disampaikan kepada bayi yang lahir pada Hari Malaysia serta kepada pesakit wanita di Wad Hospital Kota Marudu.


Usaha murni ini bukan sahaja dapat menyantuni pesakit, malah mengeratkan hubungan antara pihak hospital, pesakit, dan komuniti setempat.

Comments


bottom of page