top of page

BBP Baharu Bawa Manfaat Penduduk Beaufort dan Daerah Sekitar

nabalunews


17 Mac 2025


BEAUFORT: Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort akan membawa manfaat kepada penduduk setempat dan daerah sekitar.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Jainal @ Zainal Madasin berkata, sebagai agensi utama yang bertanggungjawab, pasukan bomba berdepan tugas-tugas kecemasan yang melibatkan kebakaran, penyelamatan dan khidmat kemanusiaan.


Katanya, berdasarkan perkembangan indeks risiko kebakaran, kemalangan domestik dan industri atau bencana alam, tidak dapat dinafikan langkah untuk menyediakan perkhidmatan kebombaan serta penyelamatan amat kritikal.



“JBPM Sabah sentiasa merancang dan merangka kaedah yang terbaik bagi menangani pelbagai cabaran risiko, kecemasan kebakaran, kemalangan serta situasi yang mengancam nyawa serta harta benda masyarakat.


“Maka dengan terbinanya balai bomba baharu ini, ianya menyediakan keperluan utama perlindungan serta keselamatan masyarakat setempat khasnya kepada penduduk dalam kawasan jagaan Beaufort,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pengoperasian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, di sini, semalam.



Turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih.


Jainal berkata, balai baharu ini akan menggantikan balai lama yang sedikit usang dan sering terjejas terutama ketika ditenggelami air banjir.


Katanya, ia amat memberi kesan kepada JBPM yang sering mengalami kesukaran dalam memberikan perkhidmatan kebombaan ketika diperlukan.



Sementara itu, Jainal menegaskan, projek pembinaan balai bomba yang bernilai sekitar RM6.5 juta itu mula dibina pada 12 November 2019.


Katanya, ia dibina di atas tapak seluas 2.9 ekar dengan dilengkapi kemudahan Blok utama serta menara latihan.


“Ia mampu menempatkan seramai 38 kakitangan melibatkan 23 Pegawai Bomba sepenuh masa dan 15 Pegawai Bomba Bantuan,” katanya.

Komentar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page