top of page

Beberapa jalan kampung di Penampang dinaiki air

Wartawan Nabalu News


Sumber gambar: Penduduk Kampung

6 September 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa jalan perhubungan di enam buah kampung di sini dinaiki air.


Menurut penduduk kampung, antara kampung yang terjejas ialah Kg Tindai, Kg Kolopis, Kg.Kaambazan, Kg Soobong, Kg Dugu dan Kg Takad Penampang.


Ini menyebabkan ramai pekerja kakitangan kerajaan dan swasta dari kampung berkenaan terpaksa mengambil cuti kerana jalan raya kampung dinaiki air dan tidak dapat dilalui.




Sementara itu Ketua Balai Bomba Penampang Zeno Tingalan berkata, pihak bomba belum menerima sebarang laporan atau aduan daripada penduduk kampung berkenaan.


Zeno Tingalan

Bagaimanapun katanya, beliau menasihatkan penduduk kampung di kawasan Penampang yang berpotensi dinaiki air agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan kejadian bencana banjir berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu.


“Kami sentiasa dalam keadaan siapsiaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan sentiasa membuat pemantauan di kawasan hotspot banjir,” katanya ketika dihubungi Nabalu News, hari ini.






Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page