top of page

Bekas pekerja ladang ditangkap bersama 2.10kg Syabu

nabalunews

4 Mac 2025


TAWAU: Polis menahan seorang bekas pekerja ladang bersama 2.10 kilogram (kg) Syabu dianggarkan bernilai RM120, 000 dalam serbuan di kawasan kebun sawit di Jalan Air Panas Tiku, pada minggu lepas.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, warga asing berusia 54 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 petang oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Tawau selepas dilihat mencurigakan.


Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang tinggal di Kota Kinabalu dipercayai bertindak sebagai ‘runner’ untuk membawa dadah tersebut ke daerah ini dan dikatakan sedang menunggu pelanggan ketika serbuan dilakukan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui 2, 101.50 gram dadah yang disimpan di dalam dua paket plastik warna kecemasan bertulis Guanyinwang pada suspek tersebut," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, hari ini.


Menurutnya, suspek merupakan warganegara asing yang mempunyai pasport dan semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau serta ujian air kencing didapati negatif dari sebarang penyalahgunaan dadah.


Katanya, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 6 Mac ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.


Mengulas lanjut, Jasmin menegaskan bahawa mengedar, memiliki atau menyalahgunakan dadah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan polis amat mengalu-alukan kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page