top of page

BELANJAWAN 2021: KKMM HARAP KESALINGHUBUNGAN INTERNET MENJADI UTILITI AWAM

nabalunews


2 NOV 2020

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) berharap Belanjawan 2021 yang bakal dibentang Jumaat ini, akan mengumumkan kesalinghubungan internet diterima sebagai utiliti awam ketiga penting selepas air dan elektrik.

Menteri berkenaan Datuk Saifuddin Abdullah berkata, KKMM melihat adalah penting bagi Belanjawan 2021 mengiktiraf kesalinghubungan internet sebagai satu ultiliti awam di negara ini.

“Ia tidak melibatkan soal dana, kerana dana sudah ada, tetapi ia mengenai pemberitahuan bahawa kesalinghubungan internet diiktiraf sebagai utiliti awam yang sama penting seperti air dan elektrik.

“Ini kerana, apa yang KKMM pentingkan ialah ia akan mengurangkan masa menunggu untuk kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan, saya berharap akan ia akan ada dalam ucapan (Belanjawan 2021),” katanya kepada media selepas melawat Pusat Media di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Saifuddin berkata, kertas kerja mengenai cadangan itu telah dihantar dan ia telah dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa fizikal negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dua minggu lepas.

Jumaat ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen. – Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page