top of page
nabalunews

Belanjawan 2025 menunjukkan kerajaan serius dalam bidang R&D, sains

22 Oktober 2024


GEORGE TOWN: Belanjawan 2025 menunjukkan Kerajaan Persekutuan serius meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta perkembangan bidang sains dan teknologi di negara ini.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata dana R&D ditingkatkan kepada RM600 juta berbanding RM510 juta sebelum ini di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).


"Keseluruhannya MOSTI menerima peruntukan RM1.2 bilion. Jadi saya rasa ini adalah suatu perkembangan yang positif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Antarabangsa Mengenai Biopolimer (ISBP) 2024 anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.


Mengulas simposium berkenaan yang berlangsung selama empat hari bermula semalam, Chang berkata Malaysia mempunyai kekangan dalam mengkomersialkan projek R&D disebabkan pemain industri dan sektor kerajaan sukar menjalinkan kerjasama.


"Kami sedang berusaha memperbaikinya dan simposium ini akan merapatkan jurang berkenaan dengan ahli akademik seperti dari USM bekerjasama dengan pemain industri serta agensi kerajaan untuk menghubungkan titik-titik tersebut," katanya.

Comentarios


bottom of page