top of page

Bersukan sambil membantu masyarakat yang memerlukan

nabalunews


23 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rancangan Luboh dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) disini, Pertubuhan Amal Anak Jati Sandakan (PAAJS) menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Belia Silaturahim Sungai Manila di Padang SK Rancangan Lubuh, Batu 12, Sandakan pada Ahad.


Ia menyaksikan pasukan Belia Peringkat 6 muncul juara selepas bertemu pasukan Veteran PPR Taman Muhibbah pada perlawanan akhir kejohanan itu yang dirasmikan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Rancangan Lubuh, Nasrah Nasir.


Pengerusi PAAJS, Muhammad Zaid Mustapah yang turut hadir menyatakan selain bersukan, kejohanan amal itu juga sedikit sebanyak membantu menambah dana Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.


Pihaknya gembira dengan penyertaan belia di kawasan itu yang bersama-sama PAAJS dan membantu dalam usaha berkenaan selain mengamalkan gaya hidup sihat melalui sukan seumpama.


Pada kejohanan yang disertai 10 pasukan itu, Rizal Jasri dinobatkan sebagai penjaring terbanyak.


Muhammad Zaid berharap, kerjasama seumpama dapat diteruskan dalam membantu masyarakat sekitar yang memerlukan.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page