top of page
nabalunews

BN SABAH SOKONG DARURAT DI PARLIMEN BATU SAPI: BUNG


19 NOV 2020

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik keputusan Yang Di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri'ayattuddin Al-Mustafa billah Shah yang mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Perlimen Batu Sapi sekali gus membatalkan pilihanraya kecil kerusi tersebut.

Pengerusinya Dato' Sri Bung Moktar Radin berkata keputusan proaktif baginda sudah tentu bertujuan untuk melindungi rakyat dari ancaman Koronavirus Covid-19.

"Keputusan ini merupakan satu langkah yang proaktif untuk melindungi rakyat Sabah khususnya di kawasan Parlimen Batu Sapi dimana Baginda lebih mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah pengalaman semasa menghadapi pilihan raya negeri pada September lepas perlu dijadikan iktibar bagaimana pandemik Covid-19 merebak begitu cepat khususnya di Sabah.

Katanya, dari fakta rekod yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pada 12 September 2020 iaitu semasa hari penamaan calon kes kumulatif Covid--19 yang direkodkan sebanyak 808 kes dan selepas hari pengundian 26 September 2020 kes meningkat mendadak iaitu sebanyak 1,547 kes dilaporkan iaitu sekitar 91.5 peratus.

" Selepas 4 minggu PRN berlaku Peningkatan kes positif pandemik Koronavirus Covid-19 meningkat mendedak dimana Sabah merupakan negeri yang tertinggi mencatatkan kes positif Koronavirus Covid-19 yang perlu dilihat secara rasional implikasinya jika kita meneruskan PRU di Parlimen Batu Sapi " jelas Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah ekoran dari kebimbangan penularan pandemik Covid-19 yang akan mengambil masa untuk pulih ,Barisan Nasional Sabah awal awal lagi telah menyatakan pendirianya tidak meletakkan calon sekiranya PRK Parlimen Batu Sapi diteruskan .

" Pengisytiharan proklamasi darurat sekali gus membatalkan PRK Parlimen Batu Sapi bukanlah bertujuan menafikan hak demokrasi rakyat khususnya pengundi di kawasan ini ,tapi ianya ditangguhkan dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan untuk meneruskan PRK jika keadaan penularan pandemik Covid-19 reda berdasarkan kepada perlembagaan yang ditetapkan" katanya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRK Batu Sapi pada 23 November manakala hari pengundian pada 5 Disember dan pengundian awal pada 1 Disember.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober akibat jangkitan paru-paru.


Comments


bottom of page