top of page

BNM dijangka kekalkan OPR

nabalunews

8 Oktober 2024


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dalam tempoh 12 hingga 15 bulan akan datang, menurut Kenanga Investment Bank Bhd.


Ramalan ini didorong oleh penurunan tekanan inflasi serta prospek ekonomi yang lebih cerah bagi negara.


Bagaimanapun, Kenanga turut menekankan bahawa peralihan dasar fiskal dan risiko luaran seperti ketegangan geopolitik akan terus mempengaruhi keputusan bank pusat dalam tempoh tersebut.


Dalam nota penyelidikannya, Kenanga juga menyemak naik unjuran nilai ringgit berbanding dolar AS kepada 4.25 daripada 4.42, dengan sokongan perbezaan hasil, pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed), dan pemulihan ekonomi China.


Asas-asas domestik dijangka terus mendorong peningkatan ringgit, namun kami kekal berhati-hati terhadap risiko luaran seperti prospek kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat, ketidaktentuan pilihan raya presiden, dan ketegangan geopolitik.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page