top of page

Bom lama kedua ditemui

nabalunews

28 Februari 2025


PAPAR: Sebutir lagi bom besar dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua akan dimusnahkan susulan penemuan kedua di tapak pembinaan di Kinarut, dekat sini, hari ini.


Bom sepanjang 120 sentimeter dengan berat 250 kilogram itu ditemui pada jam 7.30 pagi tadi oleh pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja mengorek tanah.


Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, bom terbabit dijangka akan dimusnahkan selepas diputuskan pada mesyuarat pelbagai agensi berkaitan pada petang ini.

Katanya, pelupusan bahan letupan Unexploded Ordnance (UXO) itu mengambil kira beberapa faktor termasuk keselamatan dan harta benda penduduk berhampiran.


"Selepas bom pertama berjaya dimusnahkan Rabu lalu, kerja pengorekan tanah bagi pembinaan tangki air diteruskan oleh pihak syarikat di kawasan terbabit sebelum menemukan sebutir lagi objek yang menyerupai bom pertama.


"Selepas mendapat laporan kejadian pada jam 7.30 pagi, sepasukan polis dari IPD Papar termasuk Unit Pemusnah Bom (UPB) Kontinjen Sabah ke lokasi dan mengesahkan objek adalah bom.

"Kita akan memusnahkan atau melupuskan bom itu, tapi kita perlu mengadakan mesyuarat peringkat daerah dengan memanggil agensi berkaitan bagi menyelaraskan kerja pelupusan,” katanya.


Kamaruddin berkata, tindakan itu bagi mengelakkan gangguan ketenteraman awam dan kejadian kehilangan nyawa atau kerosakan harta benda.


Katanya, bom lama itu dikenal pasti masih aktif dan merbahaya, namun tindakan drastik perlu diambil seperti dilakukan sebelum ini termasuk membuat hebahan dan menutup laluan berhampiran lokasi pelupusan bahan letupan itu.


“Bahan letupan itu ditemui pada jarak kira-kira tiga meter daripada penemuan bom pertama pada 25 Februari lalu.


"Kita juga arahkan Jabatan Keretapi Negeri Sabah untuk menunda perjalanan kerana lokasi berhampiran landasan kereta api, selain tindakan daripada beberapa agensi lain iaitu Jabatan Alam Sekitar Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan Sabah Electricity,” katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page