top of page
nabalunews

Bomba bantu 4 pelajar SPM terjejas banjir di Kampung Memanjang Beluran


31 Disember 2024


BELURAN: Empat pelajar sekolah di Beluran yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas dan terkandas dalam banjir di Kampung Memanjang dekat sebuah ladang disini pagi tadi (Selasa) dibantu oleh pihak Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran.


Ketua BBP Beluran, Edoen Macheal, berkata, sebelum itu, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.29 pagi melalui talian balai berkenaan keadaan banjir itu lalu bergegas ke lokasi sejauh 35km dari BBP Beluran bagi membantu pelajar terlibat.


Katanya, lima anggota BBP tiba di lokasi bersama jentera di lokasi pada jam 8.32 pagi lalu membantu pelajar itu menaiki bot.


"Kita menamatkan operasi membantu pelajar berkenaan pada jam 9.08 pagi selepas memastikan mereka telah selamat dibantu anggota kita," jelasnya dalam satu kenyataan disini hari ini (Selasa).


Edoen juga menasihatkan orang ramai yang terjejas banjir segera melaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan bagi bantuan selanjutnya selain menasihatkan masyarakat sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa. 








Comments


bottom of page