top of page

Bomba Sabah anjur pertandingan mewarna, kempen keselamatan kebakaran sempena Tahun Baharu Cina

  • nabalunews
  • Jan 15
  • 1 min read



15 Januari 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah akan menganjurkan Pertandingan Mewarna sempena Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran dan Ops Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.


Acara ini akan berlangsung di City Mall, Kota Kinabalu, pada 21 Januari, bermula jam 12:30 tengah hari.


Pertandingan ini terbuka kepada kanak-kanak berumur tujuh tahun ke bawah dengan hadiah menarik seperti basikal menanti pemenang.


Anak-anak hanya perlu membawa pensil warna untuk menyertai aktiviti ini. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara sambil meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran sempena musim perayaan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 017-610 6668.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page