top of page
  • nabalunews

Bomba Sabah terima 23 panggilan kes pokok tumbang di seluruh negeri

19 September 2024


KOTA KINABALU: Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah menerima 23 panggilan kecemasan akibat pokok tumbang di 11 daerah di negeri ini sejak 7.14 pagi sehingga 3.06 petang semalam, susulan angin kencang, hujan lebat serta cuaca tidak menentu.


Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan daerah yang terjejas ialah Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Tenom, Papar, Kuala Penyu, Sook, Sipitang dan Putatan.


“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan maklumat akan terus dikemas kini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.


Kejadian pokok tumbang itu menyebabkan beberapa rumah rosak seperti di Kampung Binai Seberang dan Kampung Kalang di Tenom, Kampung Pelakat, Sipitang dan Kampung Sembirai, Kota Belud.


Kes pokok tumbang sehingga menghempap kenderaan turut dilaporkan di Lido Avenue, Kota Kinabalu, Majlis Daerah Kuala Penyu dan Kampung Kelanahan Rimba di Papar.

Comments


bottom of page