top of page
  • nabalunews

Bomba Sabah terima 518 panggilan kes pokok tumbang di seluruh negeri sejak 1 Januari

19 September 2024


KOTA KINABALU: Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sabah menerima 518 panggilan kecemasan akibat pokok tumbang di seluruh negeri sejak 1 Januari lalu sehingga hari ini susulan angin kencang, hujan lebat serta cuaca tidak menentu.


Bencana alam itu menyebabkan kerosakan harta benda apabila rumah, premis perniagaan dan kenderaan ditimpa pokok tumbang menyebabkan beberapa individu cedera ringan. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Laporan media sebelum ini menyebut antara daerah yang terjejas ialah Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat, Tenom, Papar, Kuala Penyu, Sook, Sipitang, Putatan dan Sandakan.


Kejadian pokok tumbang itu menyebabkan beberapa rumah rosak seperti di Kampung Binai Seberang dan Kampung Kalang di Tenom, Kampung Pelakat, Sipitang dan Kampung Sembirai, Kota Belud.


Kes pokok tumbang sehingga menghempap kenderaan turut dilaporkan di Lido Avenue, Kota Kinabalu, Majlis Daerah Kuala Penyu dan Kampung Kelanahan Rimba di Papar.


Sehubungan itu PGO JBPM Sabah mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati semasa berada di luar rumah dan sentiasa mengawasi ahli keluarga massing ketika keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Kommentare


bottom of page