Bomba selamatkan kucing di jejambat
top of page
nabalunews

Bomba selamatkan kucing di jejambat


9 Oktober 2024


KOTA KINABALU: Seekor kucing yang berada di sebuah jejambat di Luyang dekat sini, diselamatkan sepasukan bomba, petang tadi.


Namun tidak diketahui bagaimana kucing terbabit boleh berada di jejambat berkenaan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustivia Joe Guasi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.26 petang.


Katanya sepasukan 11 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari BBP Lintas dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 6 kilometer dari balai.


"Setibanya pihak bomba di lokasi, benar seekor kucing berada di bawah jejambat yang berketinggian lebih kurang 10 meter dan pihak bomba bertindak menggunakan tangga jentera untuk menyelamatkan kucing tersebut.


"Setelah operasi berjaya, kucing tersebut diberikan kepada orang awam yang mahu menjadikan kucing tersebut haiwan peliharaannya," katanya dalam kenyataan hari ini.


Operasi bomba ditamatkan jam 5.06 petang.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page