top of page
  • nabalunews

BSJK IPD Penampang perkasa kempen kesedaran jenayah komersil di Megalong Mall

Gambar Facebook Polis Daerah Penampang

1 Oktober 2024


PENAMPANG: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada Isnin menjalankan program pencegahan jenayah "Stop & Talk" di Megalong Mall, Penampang, bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman jenayah komersil.


Dalam program tersebut, risalah-risalah mengenai penipuan komersil diedarkan, sementara anggota polis berinteraksi dengan masyarakat setempat untuk memberi maklumat mengenai trend jenayah yang semakin canggih seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.


Menerusi perkongsian Facebook Polis Daerah Penampang, pogram ini merupakan pendekatan proaktif pihak polis untuk mendidik orang ramai agar tidak mudah terjerat dengan sindiket penipuan (scam).


Orang ramai juga digalakkan untuk melaporkan kes-kes penipuan kepada Nasional Scam Response Centre (NSRC) di talian 997, yang beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam termasuk pada cuti umum.

Commentaires


bottom of page