top of page

Buaya Tanjung Aru: JHL lepaskan tembakan

nabalunews


16 Mac 2025


KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) terus melakukan pemantauan terhadap kehadiran seekor buaya di kawasan pantai Tanjung Aru.


Pegawai APM Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, setakat ini, usaha memburu buaya berkenaan masih diteruskan.


Malah katanya, menerusi kerjasama pelbagai agensi, pasukan JHL turut melepaskan dua das tembakan terhadap reptilia berkenaan.



“Sehingga kini jam 2 petang tadi, pemantauan masih dibuat dan pihak JHL telah melepaskan dua das Tembakan iaitu satu das di Beach 3 manakala satu das lagi di kawasan beach.


“Pemantauan terus dilakukan dan pasukan operasi APM mendapati haiwan berkenaan masih berada di lokasi,” katanya.


Menurutnya, operasi melibatkan 7 anggota dan pegawai APM dan dua pegawai JHL.



Terdahulu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meletakkan kawasan Pantai Tanjung Aru sebagai kawasan waspada dengan menaikkan bendera merah selepas penemuan kehadiran seekor buaya.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan laman facebook APM Kota Kinabalu, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kehadiran reptilia berkenaan pada jam 8.15 pagi tadi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page