top of page
  • nabalunews

Bumbung Balai Polis Tenom rosak teruk diterbangkan angin kencang

17 September 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


TENOM: Bumbung Balai Polis Tenom rosak teruk diterbangkan angin kencang kira-kira jam 4.00 petang tadi.


Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Ediansah Edal yang mengesahkan kejadian itu berkata, beliau telah menerima maklumat dari Ketua Balai Polis Tenom Sub Inspektor Jobea Anak Sitey yang memaklumkan kejadian itu.


Katanya, pegawai dan anggota Balai Polis Tenom berada di lokasi kejadian bagi tujuan pemantauan dan kawalan keselamatan.


Selain bumbung Balai Polis Tenom yang diterbangkan angin kencang, dilaporkan beberapa buah kampung turut dilanda ribut yang menyebabkan beberapa buah rumah mengalami kerosakan bumbung.


Sementara itu di Jalan Keningau - Sook juga dilaporkan banyak pokok tumbang di jalan raya.

Commentaires


bottom of page