top of page

Cabul anak saudara

nabalunews

23 Februari 2025


TAWAU: Seorang lelaki ditahan selepas dilaporkan mencabul anak saudaranya yang berusia 14 tahun, dalam kejadian Jumaat lalu.


Kejadian terbongkar selepas remaja perempuan terbabit mengadu kejadian berkenaan kepada ibunya yang terus membuat laporan polis pada jam 2.45 petang semalam.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 30 tahun berjaya ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai.


Katanya, hasil siasatan awal, kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 9 pagi, ketika mangsa sedang menonton televisyen di ruang tamu rumah neneknya.


“Suspek didakwa mendekati mangsa dan terus meraba bahagian badannya secara paksa.


“Walaupun cuba dihalang mangsa, namun suspek meneruskan perbuatannya sebelum keluar dari rumah berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Jasmin berkata, mangsa yang takut dengan kejadian berkenaan terus memberitahu ibunya sebelum mereka membuat laporan polis.


Katanya, susulan laporan itu, sepasukan polis berjaya mengesan dan menangkap suspek terbabit untuk siasatan lanjut.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan,” katanya

Komentar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page