top of page

Canopy Baharu Diterima oleh JKKK Kampung Pangi

nabalunews

10 Mac 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD : Sebuah set canopy baharu telah diserahkan kepada Jesoli Mossinggin, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pangi, Kelawat, Kota Belud, pada 10 Mac 2025. Canopy ini diberikan sebagai pengganti kepada yang lama yang telah uzur.


Majlis penyerahan ini diwakili oleh Pemaju Masyarakat, Clarence Somuil, yang bertindak atas nama YBM Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian. Majlis berlangsung di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Sky Blue, Kampung Piasau.


Dalam ucapan ringkasnya, Clarence Somuil menyatakan bahawa penyerahan canopy ini adalah sebahagian daripada komitmen untuk meningkatkan kemudahan awam dan menyokong aktiviti kemasyarakatan di kawasan luar bandar. Beliau berharap canopy ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk Kampung Pangi untuk menjayakan program-program komuniti setempat.


Jesoli Mossinggin, selaku penerima, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan serta semua pihak yang terlibat. Beliau berjanji bahawa canopy tersebut akan digunakan dengan baik demi kepentingan bersama penduduk Kampung Pangi.


Dengan adanya kemudahan baharu ini, diharapkan ia dapat memudahkan pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan kampung yang lebih baik.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page