top of page

CELCOM PERKENAL CELCOM CLOUD SUITE UNTUK PACU PENGGUNAAN DIGITALISASI

nabalunews


21 Jan 2021

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan Celcom Cloud Suite, iaitu perkhidmatan pengkomputeran awanan bagi perusahaan yang berpatutan untuk memacu adaptasi digital dalam kalangan perusahaan dan perniagaan tempatan.


Penyelesaian tersebut memfokuskan Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS) dan Platform sebagai Perkhidmatan (Paas),


Celcom berkolaborasi dengan Microsoft Malaysia dalam membawa solusi yang dipercayai itu.


Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Idham Nawawi berkata Celcom mendokong tinggi digitalisasi dan terus konsisten dalam usaha mempertingkat dan memperkasa adaptasi digital di kalangan pelanggan.


“Syarikat tersebut juga menyedari cabaran yang wujud akibat pandemik COVID-19, dan menyebabkan banyak organisasi perlu segera menggunakan solusi digital yang berpatutan untuk memastikan kelangsungan perniagaan mereka,” katanya di dalam satu kenyataan.


Beliau menyifatkan perniagaan tempatan pelbagai saiz kini amat memerlukan solusi digital yang dipercayai dan berpatutan bagi mengoptimumkan operasi perniagaan, khususnya kini masih banyak syarikat yang melaksanakan ‘berkerja dari rumah’ bagi memastikan keselamatan pekerja mereka.


“Dalam mendokong peranan kami untuk membantu perusahaan tempatan dengan menyediakan solusi digital yang inovatif seperti Celcom Cloud Suite akan banyak membantu perusahaan terus bangkit semula dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya. - Bernama



Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page