China Perkukuh Hubungan Dengan Malaysia Demi Manfaat Rakyat
21 September 2024
BEIJING: China bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk meningkatkan strategi pembangunan dan mengukuhkan kerjasama yang menguntungkan kedua-dua negara, kata Presiden Xi Jinping.
Xi berkata hal ini bertujuan meningkatkan manfaat bagi China dan Malaysia.
“China juga berkongsi konsep yang sama dengan konsep Malaysia MADANI yang diasaskan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Community of Shared Future (CSF)," katanya pada pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di sini semalam.
Xi berkata Malaysia MADANI berkongsi nilai dan sifat yang sama dengan CSF berdasarkan inovasi, penjagaan, belas kasihan, keterangkuman dan saling menghormati.
Beliau turut menggalakkan lebih banyak sektor perniagaan China bekerjasama dengan Malaysia untuk pembangunan ekonomi.
Ketika kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Xi berharap hubungan dua hala ini akan terus berkembang sejak dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013.
Sultan Ibrahim yang menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jangan lalu, mengadakan lawatan negara sulung ke republik itu hingga 22 September ini, atas jemputan Xi.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda diberikan sambutan negara di Great Hall of the People di Beijing bersempena dengan Lawatan Negara selama empat hari ke China bermula semalam.
留言