top of page

CIMB LULUS HAMPIR 100 PERATUS PERMOHONAN BANTUAN BAYARAN SEMULA

nabalunews

23 OKTOBER 2020


KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB) telah meluluskan hampir 100 peratus daripada 60,000 permohonan individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk program bantuan pembayaran semula bank itu.

Setakat pertengahan Oktober, jumlah kelulusan melibatkan lebih RM10 bilion, demikian menurut CIMB dalam satu kenyataan hari ini.

Bank berkenaan menyatakan kira-kira 85 peratus pelanggannya melanjutkan pembayaran semula pembiayaan berjadual mereka bermula 1 Okt, sementara yang selebihnya memilih bantuan pembayaran semula atau merunding terma penstrukturan semula pembiayaan. 

CIMB turut menggesa pelanggannya yang memerlukan bantuan kewangan supaya berhubung dengan pihak bank yang bersedia membantu mereka dalam tempoh ini.

Ia turut memberi jaminan bahawa sebarang bantuan kewangan yang diambil oleh pelanggan tidak akan memberi impak kepada status Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) mereka.

Pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut mengenai bantuan pembayaran semula CIMB diminta hubungi Pusat Perhubungan CIMB di 03-6204 7788 atau emel covidcare@cimb.com, manakala PKS hubungi 1300 888 828 (tempatan) dan +603 2297 3000 (luar negara), atau layari https://www.cimb.com.my/covid19support. -Bernama

留言


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page