top of page

CIS sumbang kuih raya kepada pasukan keselamatan, petugas kesihatan

nabalunews


Japlin menyampaikan sumbangan bungkusan kuih raya CIS kepada Hajiji
Japlin menyampaikan sumbangan bungkusan kuih raya CIS kepada Hajiji

19 Mac 2025


KOTA KINABALU: Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) turut serta pada majlis penyampaian sumbangan kuih muih Hari Raya Aidil Fitri kepada barisan hadapan pasukan keselamatan dan petugas kesihatan negeri Sabah.


CIS menyumbang 26 kotak kuih hari raya bernilai RM22,000, yang disampaikan Pengerusinya, Datuk Japlin Akim kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada satu majlis penyerahan di Menara Kinabalu, semalam.


Hadir sama Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof dan Pengurus Sumber Manusia, Pentadbiran dan IT, Ezrie Ag Raini.


CIS adalah antara 33 kementerian, jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyampaikan sumbangan kuih raya berkenaan untuk disumbangkan kepada barisan hadapan pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di negeri ini.


Japlin berkata, sumbangan tersebut merupakan salah satu program tanggungjawab sosial CIS sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pasukan dan anggota barisan hadapan yang ada di Sabah.


"Mereka ini terpaksa bertugas pada musim perayaan ini demi keselamatan kita semua, manakala pasukan hadapan kesihatan memastikan semua perkhidmatan dalam keadaan bersiap sedia setiap masa ketika orang lain bersuka ria menyambut hari raya.


"Jasa dan bakti mereka dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan hidup seluruh rakyat amat dihargai," katanya selepas penyerahan bungkusan kuih raya semalam.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page