top of page

COVID-19: CHINA JALANKAN 11 JUTA UJIAN HANYA DALAM LIMA HARI

  • nabalunews
  • Oct 18, 2020
  • 1 min read

16 OKTOBER 2020


ANKARA: China melakukan 11 juta ujian saringan COVID-19 hanya dalam masa lima hari, di bandar di timur Qingdao selepas kes baharu dilaporkan hujung minggu lalu.

Sebanyak 13 kluster jangkitan dikesan di bilik imbasan CT Qingdao Chest Hospital, lapor Agensi Anadolu memetik Global Times.

Pihak berkuasa mendapati bilik itu digunakan untuk pesakit COVID-19 dan pesakit lain, tanpa menjalani proses disinfeksi yang betul. 


Kemudahan perubatan itu ditutup sejak Ahad lalu.

Ujian saringan itu bermula pada Isnin dan berakhir pada Jumaat.

Pihak berkuasa mewujudkan lebih 4,000 tempat pengumpulan sampel, dikendalikan lebih 10,000 petugas perubatan.


Sekurang-kurangnya dua pegawai dikenakan tindakan berikutan kemunculan kluster itu.

Presiden hospital Deng Kai dipecat manakala pengarah suruhanjaya kesihatan perbandaran Sui Zhenhua digantung tugas.

Kluster Qingdao mencetuskan kebimbangan berikutan China sudah mengumumkan kejayaan mereka melawan wabak itu bulan lalu.


Sejak jangkitan pertama dilaporkan di Wuhan, wilayah Hubei pada Disember lalu, China sudah melaporkan 85,646 kes termasuk 4,634 kematian dan 80,759 pemulihan.

-- BERNAMA

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page