top of page

Covid-19: Lagi kluster pendidikan dikesan, di dearah Ranau

Wartawan Nabalu News

9 Dis 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster Covid-19 baharu melibatkan institusi pendidkan di daerah Ranau telah dikesan pada hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster baharu tersebut dikenali sebagai Kluster Debut Timbua di mana ianya melibatkan guru, pelajar serta ahli keluarga guru SMK TImbua, Ranau.


“Kes indeks adalah seorang lelaki tempatan, 37, bekerja sebagai guru di SMK Timbua yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan bergejala kendiri pada 3 Dis.


“Kes indeks kemudian menjalani kuarantin kendiri dan ujian pengesahan RT-PCR yang diambil 4 Dis menunjukkan beliau positif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Manakala, saringan terhadap keluarga kes indeks, guru-guru kontak rapat, keluarga mendapati sebanyak 31 kes lagi sekaligus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 32 kes.


Masidi berkata, semua pesakit kini telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya.


Ujarnya lagi, antara kawasan yang terlibat adalah asrama SMK Timbua, Kuarters SMK Timbua dgn Kuarters SMU Ali, Ranau.


“Jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini adalah sebanyak 329 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 236,375 kes.


“Walau bagaimanapun, sebanyak tiga kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masing-masing satu kes di Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Tuaran,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page